Nak tak saya bantu anda hasilkan STORYTELLING yang mampu huru harakan bisnes anda?

Hanya ubah copywriting storytelling, ianya mampu menghuru-harakan perniagaan anda! Anda peniaga online? Anda wajib ambil servis storytelling saya!

Apa yang saya buat hingga kedai abang ni viral dan jadi huru-hara? Saya tak buat apa-apa pun. Saya hanya bantu tuliskan copywriting storytelling untuknya sahaja.

Hasilnya, bila orang baca sahaja copywriting storytelling tersebut, mereka jadi teruja untuk datang. Post tersebut menjadi perhatian ramai. Ramai yang membaca, bermakna ramai yang makin tahu kedainya.

Kesannya, kedainya penuh dengan pelanggan!

Kesimpulannya?
Hanya ubah copywriting storytelling, perniagaan anda juga akan berubah secara mendadak.

"Tapi saya tak pandai nak menulis storytelling bagai ni..."

Percayalah, ramai yang hadapi masalah ini. Bukan anda, malah peniaga online yang sudah lama ceburi perniagaan ini pun hadapi masalah yang sama. Walaupun belajar ilmu copywriting dan storytelling ini, mereka masih gagal untuk kuasainya.
Jalan pintas? Pastilah dengan mengupah copywriter dan storyteller.

"Tapi nak upah copywriter ni bukannya murah."

Benar.
Saya sendiri mengambil cas RM150 hingga RM200 untuk menulis 1 copywriting storytelling bagi client saya.
Nilai ini mungkin kecil bagi peniaga yang sudah buat keuntungan ribu raban. Tapi bagi peniaga kecil-kecilan, nilai ini pasti besar.
Jadi di sinilah saya datang untuk bantu anda.

Baik saya perkenalkan diri saya dulu

Salam, Saya Hamid Addin.
Freelance Copywriter.

Juga penulis bagi syarikat Penerbitan PTS dan Puteh Press

Alhamdulillah, dua buah buku tulisan saya menjadi buku bestseller pada tahun 2019. Saya juga menulis copywriting storytelling bagi syarikat-syarikat terkenal.
Alhamdulillah, kepakaran saya sememangnya dalam bidang penulisan. Kerana itulah syarikat-syarikat di atas mengupah kepakaran saya.

Antara naskah tulisan saya yang dijual di toko-toko buku

Tulisan saya di FB personal saya yang pernah tular, dengan lebih 6K shares

FB Page yang pernah mengambil upah penulisan saya. Komennya melimpah, jualannya meningkat berkali ganda selepas saya bantu hasilkan storytelling untuknya

saya taknak cerita panjang

Saya Memang Nak Tolong Anda JANGAN LEPASKAN PELUANG NI

Saya tahu, ramai peniaga online yang terkesan sewaktu PKP, Jadi, Saya tawarkan kepakaran saya untuk anda.

Biar saya tuliskan copywriting storytelling untuk anda dengan mahar serendah RM90 sahaja.
Ya, RM90 SAJA
PROMOSI

SERVIS STORYTELLING

RM200 RM 90

Dengan mahar serendah RM90, saya akan hasilkan satu copywriting storytelling untuk anda. Anda sudah jimat RM110.

(terhad untuk 10 client pertama setiap bulan sahaja)

SAYA TAK JANJIKAN BULAN DAN BINTANG

Tanpa FB Ads, penyertaan terus meningkat menjadi 40 peserta dalam tempoh hanya sehari (sebelum ini hanya 18 peserta sahaja) selepas saya bantu hasilkan storytelling untuknya.

Saya tak janjikan bulan bintang. Sales naik atau tak, untung dan rugi, ianya adalah rezeki. Namun, saya sendiri akan hasilkan storytelling yang terbaik untuk anda. Ini janji saya.

Oh ya, saya hanya buka tawaran RM90 ini (terhad untuk 10 client pertama setiap bulan sahaja). Jadi saya berharap, anda dapat grab peluang ini.
Dan bukan semua produk/servis yang saya boleh hasilkan. Tapi, asalkan produk/servis anda bermanfaat, insya-Allah saya boleh tuliskan untuk anda.
Sejujurnya, saya memang sangat sibuk. Kebanyakan masa bekerja saya dihabiskan dengan menulis buku. Kerana itu saya hanya buka tawaran untuk 10 client terpantas saja bagi setiap bulan untuk mendapatkan khidmat penulisan copywriting storytelling dari saya.

Pelanggan ramai datang membuak-buak selepas saya bantu hasilkan storytelling untuk mereka

"Saya mahu dapatkan servis storytelling ini!"

jangan terlepas. klik terus butang di bawah dan tempah sekarang

Saya Ada 2 Lagi Servis Penulisan Nak Offer Pada Anda!

  • Servis Penulisan Artikel
  • Servis Penulisan Buku/Ebook
Popular

Servis Penulisan Artikel

RM 70

Sibuk hingga tak sempat menulis artikel? Mari saya buatkan artikel 500+ patah perkataan dengan harga RM70 saja. Anda sudah jimat banyak masa dan tenaga.

Servis Penulisan Buku/Ebook

RM 30 / SETIAP HALAMAN

Mahu hasilkan buku atau ebook sendiri tapi kurang mahir menulis? Biar penulis buku yang hasilkan untuk anda. Jangan bimbang, buku itu nanti akan diletakkan nama anda sebagai penulisnya. Saya hanya menjadi ghostwriter saja. Dengan mahar serendah RM30 bagi setiap halaman, anda boleh jadi penulis buku anda sendiri tanpa perlu anda menulis. Best bukan?